Tak terungkap kata..
Yang bisa buatku berbicara..
Bila sebuah harapan..
Bertukar menjadi impian..
Waktu menghukum..
Seolah tiada pilihan..
Untukku luahkan segalanya kepadamu..
Bagaikan ku tak sanggup..
Melihat kau dalam begitu..
Derita mencengkam jiwa..
Hanya kau yang merasa..
Ku turut jua tersiksa..
Dan segalanya berubah..
Bila hangatnya kasihmu..
Mulai terasa dingin..
Membeku..
Ku ungkapkan..
Kemaafan..
Pada bukan waktunya..
Ku bisikkan..
Kerinduan..
Yang tiada akhirnya..
PepEjal Blog
"Jari-jemari menjadi saksi lidah tidak bertulang"
Wednesday, 17 October 2018
Tuesday, 16 October 2018
Sunday, 14 October 2018
Titipan Untuk Abah
Tanggal 30 September 2018,pada pukul 4 .35 petang berhentilah aku dari memanggil satu kalimat yang selalu ku sebut iaitu 'Abah'. Izrail diutuskan menjemput abah menemui sang haq pencipta. Bagaimana bisa aku menahan,bagaimana juga aku boleh mampu berkata '' Nanti dulu,jangan ambil nyawa abahku. Aku masih memerlukankanya". Di saat sudah tersurat takdir. Bila mana Tuhan telah berkata kun maka fayakun lah ia. Tiada siapa yang dapat menghalang. Apa yang harus ku lakukan selain menerima kenyataan ini. Walaupun disudut kecil,aku mahukan ini semua adalah mimpi. Sebuah mimpi ngeri yang akan berakhir bila aku bangun esok pagi. Namun, itulah janjiNya,setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tiada yang kekal abadi melainkan Allah S.W.T.
Kini yang tinggal hanyalah kenangan sewaktu bersamamu abah. Takkan mungkin ia terpadam dan tak mungkin ia akan hilang ditelan dalam apapun zaman. Kerana sosok abah ada dalam anakmu ini. Abahlah satu-satunya insan di atas dunia ini yang dicipta untuk menjadi abiku. Tiada galang ganti,tiada di ceruk manapun yang persis sepertimu.
Saat ini, setiap usai solat aku mendoakan kesejahteraanmu. Semoga Allah S.W.T merahmati abah dan menjadi golongan-golongan yang redhaiNya. Aminnn ya robbal alaminn.
Al-Fatihah Abah
Zainal Bin Derin (1950-2018)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Selamanya Kerinduan
Tak terungkap kata.. Yang bisa buatku berbicara.. Bila sebuah harapan.. Bertukar menjadi impian.. Waktu menghukum.. Seolah tiada piliha...
-
Tanggal 30 September 2018,pada pukul 4 .35 petang berhentilah aku dari memanggil satu kalimat yang selalu ku sebut iaitu 'Abah'. ...
-
Tak terungkap kata.. Yang bisa buatku berbicara.. Bila sebuah harapan.. Bertukar menjadi impian.. Waktu menghukum.. Seolah tiada piliha...

